Sunday, September 27, 2015

Journey to the East: Ueno Park, Harajuku and Kiddy Land

dah berhari-hari kami jalan jauh-jauh.. so harini kami nak lepak-lepak and rileks melayan kerenah Mika. sebab nak kasi dia freedom to run free, kami decide nak pergi Ueno park. kebetulan pulak harini ada kids days celebration tak silap, so entrance nak masuk ke Ueno Zoo is free. so ramai le bebudak kat sini. tapi kami takde lah nak masuk sebab tak sanggup nak meredah lautan manusia.


budak yang paling happy dapat meloncat and berlari. berapa hari dah dia kena ikat.





lautan manusia. bukan kids je ramai, adults pun sama membanjiri park ni.





lama jugak kami melepak kat sini. tengok la budak banyak akal tu. abis dia kutip daun tu baling kat daddy. lagi dilarang, lagi dia buat.






dah puas berlari kat sini, kami pun gerak ke Harajuku nak jumpa Ain lagi. sesaja nak jalan-jalan cuci mata. sempat la masuk shopping kat Daiso sini. hahaha suka sangat kan Daiso, amik!! AMIK!! sah-sah masuk Daiso confirm keluar tak pernah tangan kosong.


manusia kat sini masa ni, ya Allah ramainya. public holiday la katakan. salah hari ni pilih PH datang sini. nak jalan pun susah, tak nampak kedai jual apa pon. rasa macam jalan-jalan dekat uptown danau kota memalam je, bersesak-sesak camni. nasib ada tour guide, kami serahkan pada yang pakar je to lead the way. untung!!




jumpa geng balik happy melompat-lompat la bebudak berdua nih. jalan pon nak pegang tangan. harap-harap esok-esok jumpa aryan ingat la lagi and boleh main macam aritu ye anak-anak. ni tengah happy jalan menuju ke kiddy land.

toy heaven

teruja masuk kiddy land nih. kalau mak dah teruja, anak lagi lah. sampai tanak keluar hahaha dah sampai kene la beli toys kan. ikutkan hati, nak borong semua jenis train and shinkansen yang kitaorg dah naik.. tapi karang balik nak angkut macam mana pulak..

tomy train tracks. haduii aku yang jadi gila bayang tengok train track ni. menyesal tak memborong kat sini. kat Malaysia ni dah susah nak cari. main order-order je lah dari Jepun nampak gayanya.

penat berjalan turun naik train. selesai je shopping kat kiddy land ni, Ain bawak kami ke kedai Turkish dekat area Shibuya sebabnya kami nak pergi tengok Shibuya Crossing yang glemer tak tentu pasal tu.  bersambung di entry lain...

Thursday, September 24, 2015

Milaiqa takes Sunway!!!

Sunway piramid je pon nak kecohkan hahaha ni 2nd outing bertiga-tiga.. Mestilah nak kecoh!!

Plannya, nak cuci mata, makan, main and shopping sempena raya. Realitinya sempat shopping toys je sorang satu..

Lepas tu sempat masuk Papa Rich sebab Mika nak makan laksa. Nak makan Laksa AhCheng tapi xingat deme ada baby chair ke tak. Order punya order, tunggu punya tunggu xsampai-sampai laksa. Laiqa dah kenyang dah makan bubur dia, laksa xsampai2 lagi. Air pun teguk sikit je sebab tunggu laksa. Tetiba Mika dropped the bomb.

"Mummy, nak berak"

"Belum makan laksa lagi. Abang tahan dulu boleh?" Kikiki

"Alaaa.. Saya nak beraklah"

"Tak boleh tahan ke? Tadi kan dah berak"

"Nanti saya berak dalam seluar macam mana?"

#nangisnangisdannangislagi

Angkat tangan, panggil waiter. Sambil tu tangan jenuh la kemas barang-barang makanan Laiqa.

"Boss, laksa tadi dah buat ke belum? Kalau belum saya nak cancel lah"

"Takde laksa la dalam order"

-_-

Apalah nasib.. Penat aku tunggu huhuhu terus minta bil, bungkus air and berlari g toilet. Yes, berlari sambil gendong Laiqa and pegang Mika.

Sampai toilet, takde paip. Nightmare apakah ini?? Redho je lah aku tadah air dari bidet tu untuk process pembersihan. Nasib dia kencing je..

Nasib sempat tapau laksa ah cheng :)



Bertabahlah nak keluar lagi bertiga kalau ginilah gayanya.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 21, 2015

Journey to the East: Ashikaga Flower Park

Disebabkan kami pegi Japan time Spring, banyak la festival bunga yang boleh kami pergi. mula simpan niat nak jenguk Wisteria ni sebab terpengaruh dengan keindahan Wisteria Tunnel kat Kawachi Fuji Gardens. Meleleh air liur tengok tempat tu, tapi sebab it's 5 hours journey from Tokyo terus batalkan hasrat. Cari alternative lain and taraaaaa!!

Bagi aku, trip ke Ashikaga Flower Park ni paling mencabar sekali. Sebabnya kami kene tukar train to reach Tomita Station. Yang tak bestnya, route yang kami pilih tu schedule train dia sejam sekali. Masa kami sampai kat stesen pertukaran tu, train baru je lepas dalam 10 minutes. Grrrrr!! Kene la tunggu lama for the next train. buang masa betul!! dari stesen kene pulak jalan kaki for another 15minutes. Jalan nya turun naik bukit ye.. it's a wonder aku tak loose weight masa kat Jepun nih hahaha so untuk sesapa yang nak ke sini nanti, choose your route wisely.


we made it!! dari luar pintu entrance ni dah boleh bau dah haruman dari wisteria nih.




memang peak time rasanya masa kami pergi sebab kiri kanan penuh dengan wisteria ni in full bloom. lebah la paling gembira rasanya. banyak lebah berterbangan kat sini.






cantik is all i can say. i can just sit here and watch this all day long~








the place is super crowded, tapi redah je lah. puas hati bersesak-sesak.





yang ni macam nak replicate wisteria tunnel. unfortunately tak berbunga habis lagi. kalau tak mesti cantik.


















this is my favorite spot of all!





Subhanallah, cantik sangat. when the wind blows, bunga ni melambai-lambai. tak tergambar perasaan tengok keindahan alam. menyesal sangat tak record, rindu nak tengok view ni lagi.



Alhamdulillah, satu lagi keindahan ciptaan Allah yang dapat dinikmati setiap hari.



tak siap-siap bersusah payah nak sampai kat sini sebab the view does not disappoint me. kalau korang nak pergi sini, the best time is in early May, the same time the Japanese celebrate their golden week. so tak payah nak berangan nak pergi time tak ramai orang sebab dorang cuti panjang time ni.