Thursday, September 24, 2015

Milaiqa takes Sunway!!!

Sunway piramid je pon nak kecohkan hahaha ni 2nd outing bertiga-tiga.. Mestilah nak kecoh!!

Plannya, nak cuci mata, makan, main and shopping sempena raya. Realitinya sempat shopping toys je sorang satu..

Lepas tu sempat masuk Papa Rich sebab Mika nak makan laksa. Nak makan Laksa AhCheng tapi xingat deme ada baby chair ke tak. Order punya order, tunggu punya tunggu xsampai-sampai laksa. Laiqa dah kenyang dah makan bubur dia, laksa xsampai2 lagi. Air pun teguk sikit je sebab tunggu laksa. Tetiba Mika dropped the bomb.

"Mummy, nak berak"

"Belum makan laksa lagi. Abang tahan dulu boleh?" Kikiki

"Alaaa.. Saya nak beraklah"

"Tak boleh tahan ke? Tadi kan dah berak"

"Nanti saya berak dalam seluar macam mana?"

#nangisnangisdannangislagi

Angkat tangan, panggil waiter. Sambil tu tangan jenuh la kemas barang-barang makanan Laiqa.

"Boss, laksa tadi dah buat ke belum? Kalau belum saya nak cancel lah"

"Takde laksa la dalam order"

-_-

Apalah nasib.. Penat aku tunggu huhuhu terus minta bil, bungkus air and berlari g toilet. Yes, berlari sambil gendong Laiqa and pegang Mika.

Sampai toilet, takde paip. Nightmare apakah ini?? Redho je lah aku tadah air dari bidet tu untuk process pembersihan. Nasib dia kencing je..

Nasib sempat tapau laksa ah cheng :)



Bertabahlah nak keluar lagi bertiga kalau ginilah gayanya.

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

hazreen said...

wakakakakakak. kelakarrr ok! kalau berdua ok lagi kan, ni dengan si baby bergantung kat badan tu yg leceh nak basuh basuh berak bagai. hahahhahaha.

Harlaney said...

hahahah itu la pasalnya.. dah la toilet bowl tu besar kan.. nak kene berpegang2 pulak kalau tak bolos masuk dlm tu