Wednesday, September 16, 2015

Journey to the East: Gotemba Outlet

It's shopping day!! SHOPPING DAY!! Excited nak pergi outlet!! Sebab nak pergi shopping, camera dan apa yang tak perlu semua kene tinggal.. Kami bawak badan je untuk menjayakan misi kali ni.
Niat di hati cuma nak shopping utk anak-anak jek.. Eh niat hati aku, niat hati Maliki nak balik with his money intact hahaha awal-awal tau misi aku yang bakal berjaya!

Excited jugak budak ni nak pergi shopping. Keluar berlenggang kangkung like we have all the time in the world.

kurusnya si Mika nih, dah macam mc hammer dah style seluar gebeh gitu.

Orang kat sini ramai sesangat masa ni.. Rimas jugak la sebenarnya, tapi alang-alang dah sampai.. Tutup mata and keep on shopping. Sampai-sampai sini, terus terjah GAP. Borong baju anak-anak.



Kat Gotemba ni ada prayer room.. So sangat la senang nak solat bagai. Cumanya, prayer room ni sentiasa berkunci. Korang kene pergi cari penjaga kunci dia untuk unlock. Tapiii dia campur laki pompuan, takde divider ke apa. Kalau ada org lain, nak amik wuduk tu lecehnya!!! Nasib masa kami masuk xde orang lain. Seronok Laiqa golek-golek. Dengan tak berseluarnya. Boleh dia berak kat sini sampai bocor.. Dah la sejuk jugak masa ni. Gara-gara tak pakai seluar, sejuk sangat kot sampai demam dia esoknya.


kami pilih kedai yang brand memang kami pakai like Nike, Adidas, Timberland and Levi's. Kat Levi's ni aku terkena. Dok sibuk-sibuk belek belt, pastu gatal nak tau leather apa. Sekali amik ko!!! En babs rupanya, eeeeeeee sangattt. First time ni, first time. Kat Malaysia macam xpernah pulak nampak belt guna cik babs ni, so aku assume memang dorang tak pakai ler leather babi nih. Sangat naive di situ!! Maliki gelakkan aku pastu lari kat tempat lain sebab dia kata kalau tak tau takpe. So dia refuse nak check belt dia pegang tu haram ke halal hahahha selamat katanya dia xpegang belt aku pegang tadi '-'

Aku pulak start dah pikir kat mana nak cari tanah nak samak ni.. Yang selama ni aku nampak tanah kat park je.. Uwaaaaa~~ nasib kejadian en babs ni lepas aku dah solat kat prayer rooms tadi


Paling best, sambil shopping sambil menikmati permandangan indah.. Boleh nampak Mt. Fuji dari sini. Aku tak expect pulak boleh clear nampaknya walaupun tau dekat jek. Paling tak sangka, nak pulak dia tunjukkan diri. Dengar kata pemalu orangnya, selalu susah nak nampak snow capped peak dia tuh.

Nak dijadikan cerita, masa nak balik ni kami terserempak dengan minah Indonesia yang tegur kami kat kedai Nike tadi, Indah namanya. Dia study kat Jepun, working part time kat Nike for the extra moolah. Sembang punya sembang, dia cakap la train yang kami naik tu leceh and lama.
So dia suruh ikut route dia selalu guna. Katanya 2x tukar je or naik je Shikansen, lagi senang and cepat.
Kitaorang memang xpakai JR pass tu sebab takde travel jejauh mana. Suica je all the way. So kami opt for the cheapest fair lah, kene la tukar-tukar train a few times. Dia siap suruh ikut dia so dia boleh tunjukkan jalannya. Maliki 50-50 je nak ikut, tapi dia sungguh-sungguh betul nak suruh kami ikut route dia selalu pakai. Bila Maliki tanya, dia cakap dia pun nak pergi Tokyo, terus setuju.

Katanya jam 7:20pm train tu sampai sebelum dia tinggalkan kami. Rupanya, dia duduk kat area-area situ and dia biasa guna route ni kalau nak ke Tokyo. Miscommuncation la tadi tu, kata nak pergi Tokyo. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai trainnya. Lepas 10min, Maliki pergi balik ke kaunter tanya. Rupanya last train route yang dia bagi tu pukul 5ptg!! Haaa ambik, nasib la tak tunggu mcm orang bodoh.

So terus mesyuarat pintu kami kat situ. Kalau nak patah balik kat stesen near Gotemba tu nak dekat sejam dah. Nak tukar-train sampai ke Tokyo lagi, nayaaa!! Kul bape pulak nak sampai. Sebab faktor masa tak mengizinkan, campur penat lagi, kami decide naik shikansen je lah. Total for 2 unreserved seat, convert la sendiri #nangis

our very 1st unplanned Shikansen ride. 
sampai rumah dh gelap.. sempat la Maliki curi tanah kat apartment depan tempat kami menginap.. kebetulah ada small area dorang tanank pokok2 renek kat situ..
Untuk korang-korang yang plan nak pergi Gotemba ni, silalah pergi guna train. more convenient, dia berhenti betul-betul kat depan Gotemba outlet. tak payah nak tunggu shuttle bas, or nak tukar-tukar train. you can book the ticket online!! senanggggggggggggg! and if u plan to go to Mt Fuji jugak, aku suggest bundle them together sebab dah dekat sangat dengan Gotemba ni. ada direct bus dari Gotemba ke Mt Fuji and vice versa. you can save time and money going to and fro. 
kami dah plan nak naik bas as suggested by Ain. the day before, kami pergi station bas dia tapi ticket semua dah sold out. buang masa sangat, one reason why we are late to Nezu sebab initial plan nak pergi Gotemba. kira last minute switch la. then ingat nak book for the next day sebab ada lagi available, tapi tak berani nak book sebab asyik keluar lambat je the last few days. kang tertinggal bas kang, nangis lagi. hahah the bus fare is not cheap tau kat Jepun ni.

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

Soraya Zainal said...

aku biasa sebelum travel beli sabun Taharah untuk mudahkan samak. die sabun tanah.. biasa ade jual kat kedai2 telekung, tasbih, kitab2 semua tu. potong kecik2 untuk senangkan bawak.

Harlaney said...

itulah.. lepas ni nak kene la beli sabun ni tuk travel.. hahaha takde la drama2 panic cenggini lagi.. tak terfikir pon selama ni sbb tak pernah terkena