Monday, November 30, 2015

Brainy Bunch Annual Concert 2015


It was an emotional night for me.. I am bursting with pride watching my son on stage.. Reciting his surah, singing and dancing confidently.. Tiba-tiba je bergenang air mata. With all his antic in school, I really don't know what to expect, all i want is for him to just enjoy himself. Baru nampak what he can do and achieve at such young age. Aku dulu2 setakat hafal surah pendek jek pon dah bangga gile. Doa dhuha pon tak tau oii. Bila anak pandai doa dhuha baru terkedek2 nak g belajar.

They started practising few months back.. From time to time, aku selalu request Mika menyanyi or baca surah tuk concert tp most time he will refuse.

"Saya tak tahu lah" was his normal answer.

Kalau mood baik, he will sing the finale song "we are here" by Alicia Keys. Yes Alicia Keys hahaha i seriously thought it's just a new song made by the school sebab this one time aku try search for the song tapi tak jumpa.. Hahaha but of course i was searching for "we are here for all the bird", because thats's how he sings the song

sebenar-benarnya, aku pun tak pernah tanya lebih2 kat his aunty. Just tanya berapa banyak performance dia participate. And knowing him, aku berdoa dia tak jadi patung cendana je atas stage tu hihihi





Kami dah sampai awal, but instead of masuk dewan terus, dear husband sibuk nak makan dulu.. Masuk-masuk je dah penuh kat depan.. Kene la duduk jauh!! Dah la mata aku ni spero sikit, nak cari dia atas stage punya la seksa.. Kene turun bawah baru nampak.. Thn depan beli zoom lense ye cik abang hahah senang nak zoom kasi clear~

fashion show by playschool kids sangat comel budak-budak nih



Before leaving him to his aunty, i told him to enjoy the night and sing loudly hahaha sebab selama ni sumpah aku ingat dia ni jenis malu-malu kucing sebab dalam class alim group nak buka mulut nak menyanyi and menari pon susah. tapi elok je dia atas stage tu, kemain bersemangat lagi.



Budak ni orang bising menjerit-jerit pon dia tido lena





with one of his bff, paling kanan sekali.. tak sure sign apa dorg buat tapi aku tau Mika is showing his age hahaha sebab selalu request aku amik gambar gini. this bff is moving next year, tu yang semangat bergambar bagai.

with aunty Yati. his class teacher. tq Yati, for being so patient, mengajar Mika yang banyak peel ni.


I really love what they did for their concert. Selalunya, sekolah dah siap-siap prepare all the fancy costume for performance tapi in BBIM ni dorang order a standard long pants and long sleeve shirt je untuk semua. They are giving the uncle and aunty a blank canvas to work with. They are free to use their own creativity to decorate the costume mengikut thema lagu yang dorang buat.

we enjoyed the night.. till next year!!
- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 24, 2015

Diary isteri yang ditinggalkan! part 2

Day 5
Balik Ipoh bertiga.. Seram jugak sebenarnya nak start journey nih. Ingat nak balik malam Jumaat, malam2 senang la bebdk ni tido je nanti. Tapi xcukup kekuatan nak drive malam2 buta bertiga je.. Kalau dekat2 no hal.
Tapi alhamdulillah, xde ragam. Laiqa sedap sambung tido. Sampai depan rumah baru dia terjaga!! Mika pon xde ragam, cuma dok tanya berjuta kali "dah sampai ke belum??... Eee lambatnya mummy" sebelum join Laiqa mengulit mimpi.



Day 6
Melawat kawasan kat UTP!!! Lama gile nak jejak kaki kat sini, asyik bertangguh je sampai Muni pon dah grad.
Mika impress gile tengok school mummy.. Besar and tingginyaaaa!! Hahahaha gagah jugak meredah lautan manusia bertiga~

IT/IS labs.. Rindunyaaa!!

dia yang pilih bunga tuk Muni.. sah-sah tak tengok price tag.. mata bersinar tengok ada coklat dalam jambangan bunga tuh..



ni lah agenda sebenar dia.. sungguh-sungguh nak pilih yang ni sebab nak habuan jugak.. buruk siku!!


Day 8
First experience buat concall interview with US client sambil melayan Laiqa. Mulut becok, tanak diam. Sampai interviewer pon tergelak-gelak dengar suara budak tu. Nasiblah dorang ni sporting and understanding.
Fefeeling #supermummy sesangat, sambil dukung anak sambil jawab soklan.

Day 9
Things are getting easier. Mika pon dah boleh harap nak minta tlg tengok or main dengan Laiqa time aku mandi and solat. Definition tengok bagi Mika, "as long as adik tak nangis".
Harini macam biasa suruh dia layan adik time nak solat maghrib. Tengah aku solat tu, Laiqa dok sibuk nak buka almari baju Mika. Terus dia tutup and kepit tangan adik sambil tanya,
"Haaa sakit tak? Sakit tak adik?! Jangan main sini" -_-
Laiqa apa lagi meraunglah sakit.

Bila Laiqa menangis, Mika dok jerit "Supriseeee.. Supriseeeee" sampai Laiqa diam and gelak. Aku pun tak paham apa je la seronok and lawaknya, tapi trick ni Mika je boleh buat, aku buat tak jalan.

Day 19.
Penat. Sakit badan. Tak cukup tido.


sharing her germs with other kids.. hahaha


Day 24
2nd day unpaid leave sebab Laiqa demam.. She's the opposite of Mika. Mika dulu rarely demam, budak ni every month mesti nak kene demam ke selsema ke..
Yang pelik budak ni badan tak rasa panas sangat, tapi bila amik temp terkejut beruk mak.. 39 dah! Haihhh

Since dah roll off project ni, dok benching jek.. xde dah benefit nak wfh lagi.. so unpaid leave lagi la kita..



Day 27
Dugaan dugaan.. Bateri keta mati pulak dah!! Luckily, dah puas makan lemak berkilo-kilo. So i was quite content and was in a good mood masa kejadian, although still menyirap dengan Mika sebab tak boleh duduk diam-diam while I was calling for help.
Ujian-ujian gini selalu jadi when the husband is away. Aku perasan, memang dari dulu lagi. Tayar rosak, enjin bocor, bateri meletup and yada yada yada. Ni 2nd time la bateri kong. Cumanya all this while, kids are not around. But I'm thankful, this happen dekat rumah Na.. So I have cawan to the rescue this time. Arigato ghozaimasss~ Shahrin Low jom!!

This cake save my kids from my tantrum hihihi

The last one for this year.. hurrah!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 13, 2015

Journey to the East: Lake Kawaguchiko and Mt. Fuji Shibazakura Festival

hari ni hari melepak-lepak jugak sebab hari ni nak jalan jauh. destinasi hari ni ke Lake Kawaguchiko. Time kami datang ni memang just in time untuk Shibazakura festival. Mula-mula macam nak naik train, tapi sebab tengok nak kena tukar-tukar train bagai.. kami tukar plan nak naik bas jek. salah satu sebab lagi sebab tak jumpa cari train station ni hahaha jenuh la jalan ke hulu hilir, last-last nampak booth jual ticket bas. terus beli, senang cite. dalam bas boleh la tido dengan aman sebab tak payah dah nak lompat-lompat train.

sejujurnya, aku pon tak ingat dah berapa lama perjalanan naik bas tu hahah yang pasti kami sampai dah nak dekat pukul 4.. lepas check-in bilik, solat and baring-baring kami keluar balik nak explore kawasan ni and nak menjenguk tasik.




datang ke sini, kami bawak bekal siap-siap. pagi-pagi lagi aku dah masak spaghetti untuk dinner sebabnya risau takde sumber makanan nanti. but we are wrongg!! depan Lake Kawaguchiko tu ada restoran halal!! hahaha orang yang paling happy and excited tak lain tak bukan si Maliki tu lah. Dia memang pantang nampak halal restoran, tak ingat bekal-bekal yang dia bawak. mesti nak kene makan jugak. before proceed ke tepi tasik, dia dah siap-siap usha menu dah, plan nak beli apa balik nanti. menu dorang ada aku tampal kat bawah tu, korang boleh la plan awal-awal. kami tapau briyani sorang satu. spaghetti tu kami carry forward tu breakfast esok muahahahaha





by the time sampai sini dah lepas pukul 5, semua boat dah stop operation. sedikit terkilan kat situ. memang takde plan nak naik, but bila dah sampai and tengok Mika excited nak naik bot, rasa cam rugi pulak tak dapat naik.



that itik remind me of my trip to myanmar. kayuh itik dalam tasik yang busuk and kotor, what was i thinking!! hahaha

 tengah usaha pujuk kami naik boat.. sorry son, next time ye. 

 runway model.

tak dapat naik boat, dia move on the the next entertainment. dandelion. yes kat sini banyak dandelion. suka sangat budak ni dapat tiup, abis dikutipnya.

 my mat bunga.






hi Fujisan... orang kata pemalu Fuji nih.. tapi alhamdulillah, baik hati sungguh dia menunjukkan snow capped tip nya kat kami.. 1st time masa kat Gotemba, memang teruja masa tu. then on the way ke sini pon dia tayang muka. sampai kat station ni tak payah cakap la.. the next day pepagi pon dia ucap good morning kat kami..


ok.. schedule bas pink moss festival ni.. jenuh la semalam kami nak pahamkan apa yang minah kat ticket counter tu cakap.. untuk yang nak pergi sini, bas ke pink moss festival ni paling awal pukul 7 pagi. korang cuma kene tunggu kat bus stop dia and naik bas yang datang. bas ni bukan bas yg dedicated to the pink moss festival, cuma dia memang lalu kat situ. untuk bas yang seterusnya, korang boleh dapatkan ticket lebih awal dari kaunter ticket kat Kawaguchiko station ni sebab counter dia mula dibuka jam 8 pagi.
kami pon agak terpingga-pingga, cuma ikut je orang yang ada tunggu kat situ and pegang leaflet pink moss festival nih. hahaha nasib la betul.


tempat ni tak besar mana pon.. dan walaupun dia cakap dah 100% blooming, still ada kawasan yang kering kontang jek.


too bad langit tak cantik masa kami datang.. redup-redup je time ni, tapi permandangan dia still cantik. aku tak boleh nak gambarkan perasaan tengok keindahan tempat nih.




 while breastfeeding Laiqa kat depan Mt Fuji hihihi merata rawa aku breastfeed bebudak ni.









Mt Fuji miniature. kalau penuh pink moss mesti cun giler.


beautiful blue sky.. tapi ni view the opposite site of Fuji.. kalau lah belah Mt Fuji pon langit cantik macam ni.. haihh nak kene repeat ke?

once dah puas menikmati keindahan pink moss ni, kami balik semula ke Kawaguchiko. then naik Mt Kachi Kachi. ni pun takde dalam agenda, tapi mika nak sangat naik, kami layankan jelah.


 muka bahagia orang layan kehendak dia.. 




 gigih dia nak teropong stars hahahaha



turun dari sini, gigih kami mencari bank sebab cash dah habis.. hahaha dah la certain bank je yang boleh.. according to Ain, atm kat 7e selalu boleh buat withdrawal from foreign bank, then ada satu lagi tak ingat bank apa, cuma ingat signboard dia kaler hijau kot. malangnya tak jumpa pon kat sini, redha je la. cukup-cukup nak beli ticket and ada extra sikit je nak beli mochi. nasib baik jugak sebab mochi choc dia yang aku beli tak sesedap mochi sweet kat sini. kalau duit banyak, mesti aku beli banyak lagi.. tapinya, kedai mochi sweet kat malaysia ni pun abis dah tutup semua.. sadisssss mana la nak cari mochi lagi lepas nih??