Tuesday, November 24, 2015

Diary isteri yang ditinggalkan! part 2

Day 5
Balik Ipoh bertiga.. Seram jugak sebenarnya nak start journey nih. Ingat nak balik malam Jumaat, malam2 senang la bebdk ni tido je nanti. Tapi xcukup kekuatan nak drive malam2 buta bertiga je.. Kalau dekat2 no hal.
Tapi alhamdulillah, xde ragam. Laiqa sedap sambung tido. Sampai depan rumah baru dia terjaga!! Mika pon xde ragam, cuma dok tanya berjuta kali "dah sampai ke belum??... Eee lambatnya mummy" sebelum join Laiqa mengulit mimpi.



Day 6
Melawat kawasan kat UTP!!! Lama gile nak jejak kaki kat sini, asyik bertangguh je sampai Muni pon dah grad.
Mika impress gile tengok school mummy.. Besar and tingginyaaaa!! Hahahaha gagah jugak meredah lautan manusia bertiga~

IT/IS labs.. Rindunyaaa!!

dia yang pilih bunga tuk Muni.. sah-sah tak tengok price tag.. mata bersinar tengok ada coklat dalam jambangan bunga tuh..



ni lah agenda sebenar dia.. sungguh-sungguh nak pilih yang ni sebab nak habuan jugak.. buruk siku!!


Day 8
First experience buat concall interview with US client sambil melayan Laiqa. Mulut becok, tanak diam. Sampai interviewer pon tergelak-gelak dengar suara budak tu. Nasiblah dorang ni sporting and understanding.
Fefeeling #supermummy sesangat, sambil dukung anak sambil jawab soklan.

Day 9
Things are getting easier. Mika pon dah boleh harap nak minta tlg tengok or main dengan Laiqa time aku mandi and solat. Definition tengok bagi Mika, "as long as adik tak nangis".
Harini macam biasa suruh dia layan adik time nak solat maghrib. Tengah aku solat tu, Laiqa dok sibuk nak buka almari baju Mika. Terus dia tutup and kepit tangan adik sambil tanya,
"Haaa sakit tak? Sakit tak adik?! Jangan main sini" -_-
Laiqa apa lagi meraunglah sakit.

Bila Laiqa menangis, Mika dok jerit "Supriseeee.. Supriseeeee" sampai Laiqa diam and gelak. Aku pun tak paham apa je la seronok and lawaknya, tapi trick ni Mika je boleh buat, aku buat tak jalan.

Day 19.
Penat. Sakit badan. Tak cukup tido.


sharing her germs with other kids.. hahaha


Day 24
2nd day unpaid leave sebab Laiqa demam.. She's the opposite of Mika. Mika dulu rarely demam, budak ni every month mesti nak kene demam ke selsema ke..
Yang pelik budak ni badan tak rasa panas sangat, tapi bila amik temp terkejut beruk mak.. 39 dah! Haihhh

Since dah roll off project ni, dok benching jek.. xde dah benefit nak wfh lagi.. so unpaid leave lagi la kita..



Day 27
Dugaan dugaan.. Bateri keta mati pulak dah!! Luckily, dah puas makan lemak berkilo-kilo. So i was quite content and was in a good mood masa kejadian, although still menyirap dengan Mika sebab tak boleh duduk diam-diam while I was calling for help.
Ujian-ujian gini selalu jadi when the husband is away. Aku perasan, memang dari dulu lagi. Tayar rosak, enjin bocor, bateri meletup and yada yada yada. Ni 2nd time la bateri kong. Cumanya all this while, kids are not around. But I'm thankful, this happen dekat rumah Na.. So I have cawan to the rescue this time. Arigato ghozaimasss~ Shahrin Low jom!!

This cake save my kids from my tantrum hihihi

The last one for this year.. hurrah!

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: