Showing posts with label medela. Show all posts
Showing posts with label medela. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Breastpump Review

Disebabkan Freestyle aku masuk clinic 3 minggu lepas, merasa la aku pakai segala macam breastpump sementara nak menanti pump kesayangan tu siap (pump masih di Medela service centre masa entry ni ditulis). Jenis-jenis pump yang aku dah cuba termasuk Avent Manual pump, Medela Swing dan Spectra3. So hari ni aku nak tulis review based on experience aku je lah. Lain orang maybe lain pulak pandangannya.


Medela Swing
Ni pump pertama yang aku guna masa dalam confinement.
Pros
- macam freestyle, pump ni ada dual phase expression.
- suction lembut dan tak menyakitkan.
- boleh powered by electric or battery 

Cons
- valve cepat sangat rosak
- susu selalu masuk tube
- boleh single pumping jek. bukan masalah untuk suri rumah since boleh je buat tandem nursing :)
- tak boleh toggle between the two phase suction macam freestyle. maknanya, by default pump ni akan bermula dengan rapid simulation, lepas 2 minutes dia akan automatically masuk to slower expression mode.  Bila dah masuk this mode, tak boleh tukar back to rapid.
- bunyi dia tak la sesenyap yang diwar-warkan!


Philips Avent Manual Breastpump
Ni pump pertama yang aku cuba bila FS tak sihat. Mainly because banyak sangat good review from kawan-kawan. Alang-alang ada stock dekat rumah, kene la try jugak.

Pros
- suction kuat tapi lembut dan tak menyakitkan
- tak bising
- boleh control suction mengikut kesesuaian individu

Cons
- kene kental jiwa dan raga untuk mengepam secara manual (hanya untuk orang-orang manja macam aku)

Spectra3

Lepas kepenatan memerah secara manual, aku pinjam pulak Spectra3 officemate aku. Nak menjimat tenaga dan masa mengepam di office la konon.

Pro
- double pumping

Cons
- personally aku rasa this pump is too bulky
- powered by electric sahaja, so kalau nak pump kene cari tempat yang ada power point.
- takde dual phase expression.
- suction tak cukup kuat unless kita guna max speed.
- suction sedikit keras dan menyakitkan. for me, kalau start pump dengan max speed memang terkejut sebab sakit.. so have to start from below and slowly increase the speed to max.


Medela Freestyle
Medela freestyle ni aku beli sebab selalu stress pakai swing. Time dalam pantang, tahap kesabaran tu dah habis digunakan untuk melayan kerenah Mika masa berpantang sorang-sorang.

Pro
- compact and lightweight
- double pumping, saves time especially for working mother like me :)
- boleh berfree style, tak perlu nak pegang-pegang bottle. boleh la nak mengemas rumah ke, main game ke and mengepam sambil kerja (activity kalau work from home)
- dual phase expression
- suction lembut dan tak menyakitkan
- boleh powered by electric and battery. rechargeable battery dia can last up to 2 days for heavy user macam saya.
- boleh toggle between the two mode of expression. untuk aku this feature sangat best sebab boleh nak tukar to simulation expression kalau rasa-rasa lambat sangat susu nak keluar.
- ada digital display! very important so that takde la kes tak ingat berapa lama dah kita mengepam~
- memory button boleh set pumping style preference.

Con
- bunyi pam tidaklah sesenyap yang diwar-warkan!!

Harap-harap boleh la membantu mommies yang tengah buat research on breastpump. Ingat, the correct breastpump can really help for successful breastfeeding :) dan setiap orang berbeza. mungkin spectra3 tu menyakitkan for me but okay for others. kene lah cuba dulu baru tau!!

selamat mengepam!!

Thursday, April 12, 2012

FS ku masuk clinic

setelah berkhidmat hampir 6 bulan, FS ku akhirnya terpaksa berehat sebentar kat clinic.. huhu maybe sbb aku heavy user kot.. tatau ler nak cakap kan.. dah la aku beli direct from US so takde warranty.. and dari hasil bacaan aku dr en.google, rata-rata cakap medela service center bo layan customer-customer yang beli luar dr malaysia.. so cemana tu??


2 hari jugak la aku meroyan sebab pam-pam lain tak mencapai piawaian aku (read: tak semudah FS) heh~ hari khamis baru boleh pegi service center.. kitaorg pegi yang kat bangsar tu, jumpa Nurul. alhamdulillah, layanan dia boleh tahan, mesra and ramah.. walaupun takde malaysia warranty, dia still ambil.. charge tuk service is double.. kalau malaysia warranty RM60, aku kene RM120.. itu just untuk check sahaja, nak baiki and spareparts tak campur lagi..


suction level tu for normal pump 250, tapi FS aku around 100 - 150 jek.. dia cakap valve dalam pam yang rosak.. so in total maybe around RM300 kalau nak baiki.. yang menjadi persoalan dia cakap dorang akan ganti guna sparepart second hand.. so tatau berapa lama boleh tahan~ apakah?? alasan dorang, US nye sparepart lain dengan sparepart switzerland.. yang peliknye, semua pump ni kan mmg made in switzerland.. confirm dorang patentkan design dorg ni.. so mesti la design pun sama.. then dia cakap, kita tengok power adaptor pun tau pam ni beli kat US.. sah sah la.. kan dorang nye power point tak sama dengan kita, sebab tu la kalau kita travel kene bawak universal adaptor tu.. ntah la, aku still tak puas hati dengan alasan and penjelasan beliau..


apa pun, terpaksa la hantar jugak.. tak tau la outcome macam mana sebab pump pun tak dapat lagi.. katanya seminggu.. ni cam dah lebih seminggu pun takde kabar berita.. paling-paling pun call la customer update la lambat ke apa kan..


overall aku kasi 3 bintang jek la kat service center ni.. 


p/s: pasni leh buat review breastpump sebab aku dah try 2-3 different pump!
p/ss: owh, thanks melah sebab pinjamkan FS~