Monday, April 30, 2012

BF Diary: The last resort~

Dalam pada aku busy packing barang (yahoooo!!), sakit kepala hati dan sebagainya dengan AA, sempat jugak aku mengemas stock2 susu Mika..
Masalah space semakin kritikal, peti ais pun dah kene kidnap!! Jadinya kami dah mula kais pagi makan pagi.. Pagi beli lauk pauk terus masak then letak dekat peti bawah






Aritu jumpa dua orang insan yang nak susu.. Dah set date semua, siap aku blank kan weekend just for them.. Tup tup tak muncul2 jugak.. Message apa pun tak, paling angin bila aku message tak reply.. Then weekdays msg aku blk nak set another appointment.. Sungguh aku dissapointed dengan orang2 camni.. Janji tak ditepati satu hal, reply message pun tak reti.. At least inform la xjadi datang~ lepas dh sebulan ting sana tong sini, aku decide nak kasi rumput je la minum..
Semalam tutup mata keluarkan stock from mid Nov till Dec untuk dibuang~ banyak tak banyak adalah dalam 460 oz!


Sebakul penuh.. Lepas ni nak kene belajar buat sabun, leh la kami anak beranak mandi susu.. Jangan jeles nanti kalau kulit kami meletop2!!



"haaa, mummy nak buang susu saya nihh?? Semua semua nih?"


"Maafkan saya susu, perut saya tecik je.. Saya janji minum banyak sikit lepas ni~," Mika saying his goodbye.



Tenang sikit hati tengok space tu walaupun kecik!! Balik nanti baru transfer susu dlm freezer

p/s: semoga rezeki Mika sentiasa murah~ amin.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 26, 2012

Mika's Development - 6m+

Hey!, Tengok la ape yg saye dah pandai buat ni...hehehe..harap2 mummy & daddy tak marah la yer :D

 Saya dah pandai berdiri atas lutut saya, yeayyy~ tapi saya tak kuat lagi pon, salu jatuh tertonggeng, nasib baik ada tilam, kalau tak sure la kepala saya benjol2..hik hik..

 Erm...meh nak rasa sikit baby cot ni, ada rasa masin2 tawar2 sikit la..nanti nk suruh mummy taruk gula atau susu sikit kasi best sikit saya nk jilat2...hik hik

 Eh, saya nampak sesuatu la...ooo..benda ni la yg selalu takutkan saya dengan bunyi 'ZRRINNNGGG' ' ZRRRIIIINNNNNGGG' ni ye....apa kata saya test kejap, mummy tak marah kot...hik hik

 YES, berjaya jugak akhirnye...bole la saya tolong mummy vaccum rambut mummy yg bertaburan atas lantai tu yer...hik hik....jom jom 'ZRRIINNGG' 'ZRRRIINNNNNNNGGGG'~ hik hik..

Alahai, penat jugak kerja vacuum ni yer...saya nak nap la kejap..jangan lupa kejut saye utk minum susu yer...bubbyeee...hik hik..zzzzzzzZZzzZzzZzzZzz~

Tuesday, April 24, 2012

Mika nak terbang!

Tik tok tik tok.. pejam celik pejam celik, lagi seminggu je sebelum kami terbang meninggalkan bumi malaysia.. tak sabarnye!! sekarang masuk office pun takde feel dah.. hatiku dah terbang ke tempat lain.. paling merisaukan..mood bercuti dah ada, mood nak packing barang tak sampai-sampai lagi!! 
Mika jek yang semangat packing baju dia.. al-maklum la, first time dia nak naik airplane kan.. berkobar-kobar dia..
 
"Satu, dua, tiga... ish, macam tak cukup je baju saya ni.. diapers pun tak letak lagi ni.. muat ke tak bag nihh?"
 "Mummy, bag saya dah penuh. Tumpang bag mummy ye."
"Bag saya dah siap!! Dah boleh terbang~ Yong Aqilah dah siap packing ke??"

p/s: mode jakun!! setahun lebih dah aku terperuk dalam malaysia nih~~ JOM TERBANG!

Friday, April 20, 2012

Breastpump Review

Disebabkan Freestyle aku masuk clinic 3 minggu lepas, merasa la aku pakai segala macam breastpump sementara nak menanti pump kesayangan tu siap (pump masih di Medela service centre masa entry ni ditulis). Jenis-jenis pump yang aku dah cuba termasuk Avent Manual pump, Medela Swing dan Spectra3. So hari ni aku nak tulis review based on experience aku je lah. Lain orang maybe lain pulak pandangannya.


Medela Swing
Ni pump pertama yang aku guna masa dalam confinement.
Pros
- macam freestyle, pump ni ada dual phase expression.
- suction lembut dan tak menyakitkan.
- boleh powered by electric or battery 

Cons
- valve cepat sangat rosak
- susu selalu masuk tube
- boleh single pumping jek. bukan masalah untuk suri rumah since boleh je buat tandem nursing :)
- tak boleh toggle between the two phase suction macam freestyle. maknanya, by default pump ni akan bermula dengan rapid simulation, lepas 2 minutes dia akan automatically masuk to slower expression mode.  Bila dah masuk this mode, tak boleh tukar back to rapid.
- bunyi dia tak la sesenyap yang diwar-warkan!


Philips Avent Manual Breastpump
Ni pump pertama yang aku cuba bila FS tak sihat. Mainly because banyak sangat good review from kawan-kawan. Alang-alang ada stock dekat rumah, kene la try jugak.

Pros
- suction kuat tapi lembut dan tak menyakitkan
- tak bising
- boleh control suction mengikut kesesuaian individu

Cons
- kene kental jiwa dan raga untuk mengepam secara manual (hanya untuk orang-orang manja macam aku)

Spectra3

Lepas kepenatan memerah secara manual, aku pinjam pulak Spectra3 officemate aku. Nak menjimat tenaga dan masa mengepam di office la konon.

Pro
- double pumping

Cons
- personally aku rasa this pump is too bulky
- powered by electric sahaja, so kalau nak pump kene cari tempat yang ada power point.
- takde dual phase expression.
- suction tak cukup kuat unless kita guna max speed.
- suction sedikit keras dan menyakitkan. for me, kalau start pump dengan max speed memang terkejut sebab sakit.. so have to start from below and slowly increase the speed to max.


Medela Freestyle
Medela freestyle ni aku beli sebab selalu stress pakai swing. Time dalam pantang, tahap kesabaran tu dah habis digunakan untuk melayan kerenah Mika masa berpantang sorang-sorang.

Pro
- compact and lightweight
- double pumping, saves time especially for working mother like me :)
- boleh berfree style, tak perlu nak pegang-pegang bottle. boleh la nak mengemas rumah ke, main game ke and mengepam sambil kerja (activity kalau work from home)
- dual phase expression
- suction lembut dan tak menyakitkan
- boleh powered by electric and battery. rechargeable battery dia can last up to 2 days for heavy user macam saya.
- boleh toggle between the two mode of expression. untuk aku this feature sangat best sebab boleh nak tukar to simulation expression kalau rasa-rasa lambat sangat susu nak keluar.
- ada digital display! very important so that takde la kes tak ingat berapa lama dah kita mengepam~
- memory button boleh set pumping style preference.

Con
- bunyi pam tidaklah sesenyap yang diwar-warkan!!

Harap-harap boleh la membantu mommies yang tengah buat research on breastpump. Ingat, the correct breastpump can really help for successful breastfeeding :) dan setiap orang berbeza. mungkin spectra3 tu menyakitkan for me but okay for others. kene lah cuba dulu baru tau!!

selamat mengepam!!

Thursday, April 19, 2012

I am MamyPoko SuperMummy!!

The results for Mamypoko Earn Your Stripes Challenge is out at last!!



and i'm one of the SuperMummy!! hurray~~ let's celebrate!! bermamypoko lah kita cik mika oiiii.. agak-agak boleh collect before the long awaited holiday ni kah??

Monday, April 16, 2012

Mika 1st Solid!!

Mika 1st solid is carrot puree! sebab tu paling senang nak cari hahaha maaflah nak, mummy pemalas sikit.. sila redha :)
anyway, bangga sebab Mika terima dengan hati terbuka.. pandai lah tetami ami ni :) tapi gelojohnye.. menerkam sudu cam piranah terkam daging weh!! tengoklah tu, sampai terangkat-angkat kaki makan!! (sila abaikan mummy yang selekeh).. tak sempat nak mandi pun lagi lepas balik keje nak kasi si kecik ni makan!!

licin!!

next dlm list: cauliflower~!

Thursday, April 12, 2012

FS ku masuk clinic

setelah berkhidmat hampir 6 bulan, FS ku akhirnya terpaksa berehat sebentar kat clinic.. huhu maybe sbb aku heavy user kot.. tatau ler nak cakap kan.. dah la aku beli direct from US so takde warranty.. and dari hasil bacaan aku dr en.google, rata-rata cakap medela service center bo layan customer-customer yang beli luar dr malaysia.. so cemana tu??


2 hari jugak la aku meroyan sebab pam-pam lain tak mencapai piawaian aku (read: tak semudah FS) heh~ hari khamis baru boleh pegi service center.. kitaorg pegi yang kat bangsar tu, jumpa Nurul. alhamdulillah, layanan dia boleh tahan, mesra and ramah.. walaupun takde malaysia warranty, dia still ambil.. charge tuk service is double.. kalau malaysia warranty RM60, aku kene RM120.. itu just untuk check sahaja, nak baiki and spareparts tak campur lagi..


suction level tu for normal pump 250, tapi FS aku around 100 - 150 jek.. dia cakap valve dalam pam yang rosak.. so in total maybe around RM300 kalau nak baiki.. yang menjadi persoalan dia cakap dorang akan ganti guna sparepart second hand.. so tatau berapa lama boleh tahan~ apakah?? alasan dorang, US nye sparepart lain dengan sparepart switzerland.. yang peliknye, semua pump ni kan mmg made in switzerland.. confirm dorang patentkan design dorg ni.. so mesti la design pun sama.. then dia cakap, kita tengok power adaptor pun tau pam ni beli kat US.. sah sah la.. kan dorang nye power point tak sama dengan kita, sebab tu la kalau kita travel kene bawak universal adaptor tu.. ntah la, aku still tak puas hati dengan alasan and penjelasan beliau..


apa pun, terpaksa la hantar jugak.. tak tau la outcome macam mana sebab pump pun tak dapat lagi.. katanya seminggu.. ni cam dah lebih seminggu pun takde kabar berita.. paling-paling pun call la customer update la lambat ke apa kan..


overall aku kasi 3 bintang jek la kat service center ni.. 


p/s: pasni leh buat review breastpump sebab aku dah try 2-3 different pump!
p/ss: owh, thanks melah sebab pinjamkan FS~

Thursday, April 5, 2012

Felting!!

Ingat tak entry felt project mari meneka nih?? Last week Mika dah merasmikan mummy's latest felt craft!! (read:nyot nyot!)
Anak teruna tu skrg semua benda dicapai untuk masuk mulut~ tapak kaki mummy pun boleh jalan! haih la anak..
Anyway.. Jom kita tengok apa ke benda sebenarnya yang mummy buat kan.. Jeng jeng jeng!!
 
It's a seat belt pad!! Amacam? Menarik tertarik kau memang da'bomb tak??
 Mika dok mengusha his new friend~
Kereta baru haruslah ada belt pad yang baru juga.. Yang kat kedai semua skema skemot.. Yang cum melecun harga menjerut pulak..

p/s: selamat duit ambe.. Mlm ni layan mekdi sengsorang lah~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 1, 2012

Free frappucino @ Starbuck

Starbuck is giving away 1 grande frappucino for free last night to celebrate earth hour.. We loveee free stuff!! Haruslah gigih buat pit stop kat giant KJ masa on the way back from ilah's place..



Dark Mocha and Mocha Praline for us :)






Fingers for lil Mika :p






bosan tunggu mummy n daddy berdating






Mika berebut ice blended dengan daddy.. 
 

Budak xcukup umur dapat jilat plastic cup je harini!! Esok2 cuba lagi k~

p/s: kat mana korg celebrate earth hour this year?
- Posted using BlogPress from my iPhone